Nie member office aku.Dia nie jauh lebih muda dr aku tapi sebabkan dia tinggi dan besar orgnya tu yg nampak dia mcm sebaya aku.ke...nampak aku jauh lebih muda ( perasan sekejab )Dia bertunang ngan member hubby aku juga...tunang dia sebaya aku...December 19, 2009
Tunang
Nie member office aku.Dia nie jauh lebih muda dr aku tapi sebabkan dia tinggi dan besar orgnya tu yg nampak dia mcm sebaya aku.ke...nampak aku jauh lebih muda ( perasan sekejab )Dia bertunang ngan member hubby aku juga...tunang dia sebaya aku...Gambar lama
Seperti yg sedia maklum,ini adalah di antara gambar yg telah lama terperuk dlm hp aku.Masa nie aku pi umah afizah kat palong.Adik perempuan dia kahwin....Masa nie Firdaus dlm 5 bln...
Tgk lah perbezaan aku...rasanya malu nak tunjuk gmbr nie.Gemuk nya...Waktu nie nak kurus balik pun fikir 1000 kali....December 16, 2009
Wedding As
Gambar nie pun sama le mcm gambar yg tadi tu.Memang dah lama terperuk dalam hp.Nak ikutkan gambar nie zaman 2007 lagi.Masa nie aku tgh mengandungkan Firdaus.Aku ngandung dlm 6 bln la.Waktu reunion hari tu cik as kita sempat le bgth tarikh nya.
So ini le diantara yg dtg masa majlis as haritu.Nak ikutkan majlis nie belah umah lelaki.Tapi nak buat mcm mana belah perempuan kat bahau tak dapat pi sebab masing-masing ada hal.
So itu yg kami datang ke sini coz dekat dengan umh masing-masing hanya shah alam je.
Kebetulan Illa masa nie balik umh mak dia kat klg tu yg sempat gaks datang.Dia le kawan giler-giler aku kat dorm.Dia nie dulu waktu form 5 duk atas katil aku.Tu yg rapat sampai sekarang.La nie cik illa kita tgh sarat ngandung anak ke 3....berapa bulan tak le teman tahu sebab illa tgh dapat sakit malas nak ckp ngan taip sms....so susah nak ganggu dia.Last aku jumpa dia masa reunion kat titiwangsa dulu....
REUNION BB DI PD
Gambar nie sebenarnya dah lama dalam handphone.Semalam lepas godek-godek hp lama nie nampak le pula gambar reunion kelas BB 96/97 buat pertama kalinya kat PD.Selama 11 thn tak jumpa akhirnya masing-masing bertemu kembali dlm keadaan dan status yg berbeza.Nie aku & Pn Sub.Masa nie aku baru je dua bulan jadi isteri org.Pn Sub aku tak pasti dah berapa bln masa nie dia jadi isteri org.Yg pastinya kitaorg lepas je balik dari reunion nie disahkan preggy dan yang paling best kitaorg bersalin pada hari yg sama iaitu semalam.
Masa nie masing-masing dah nak berangkat pulang.Jadi sebelum tu kitaorg tangkap le gambar reramai.Hanya 12 org je dari kelas kami yg dapat join.Tu pun Zul & Farah balik awal sehari sebelum kitaorg balik sebab ada hal.Idut & abun hanya join waktu barbeque.Datang mlm hari je.Sebab masing-masing ada hal.
Em yg nie siapa tak kenal ek.Cik As kita nie dulu masa zaman sekolah tomboy orgnya.Tapi siapa sangka dah bekerja kemain lagi jadi perempuan melayu terakhir.Siapa sangka yg dia akan berubah jadi mcm nie.Maklumla jadi p.a kenala pandai bergayakan.Nak ikutkan as nie kira kawan baik saya waktu kat sekolah teknik dulu.Dgn dia lah saya selalu study dan dgn dia le saya pandai dalam matapelajaran bahasa inggeris.Kalau tak tentu saya kantoi punya.Thanks my fren.
December 15, 2009
Happy Birthday To Muhammad Firdaus Hakimi
Selamat Hari Lahir buat anak ku Muhammad Firdaus Hakimi .Hari nie anak aku yang pertama dah genap 2 thn...Tak sangka kan masa berlalu terlalu cepat.Gambar nie masa hari raya haritu.Masa nie Firdaus baru 1 thn 10 bln.Berat dia waktu nie dah dekat 15 kg.Seluar baju melayu nie pun dia tak muat nak pakai...ketat...
Gambar nie pula Firdaus baru je genap setahun dua bulan...dan masa nie dia baru mula belajar berjalan.Dia tak de langsung merangkak cuma dia meniarap sekejab dan terus belajar berjalan.
Yang nie gambar yang paling aku geram...Masa nie firdaus 6 bln...baru nak belajar duduk....
Begitu juga dgn gambar nie.Masa nie kami berjalan kat alamanda.Masa nie Firdaus baru 5 bln.
Dan yg terakhir nie waktu Firdaus baru dilahirkan 3 hari di dunia ini.Hari nie dgn sekejapan dia dah berumur 2 thn..Selamat Hari Lahir anak ku.Moga engkau akan menjadi anak yg berguna dan berjasa kepada kami yg melahirkan dan membesarkan mu.Ingatla segala jasa dan pengorbanan kami yg membesarkan mu...Penat lelah kami tiada bandingan dengan kehadiranmu dlm keluarga ini.Jadilah contoh yg baik utk adik-adikmu kelak.Seorang abg yg bertanggungjawab...dan berguna....insyallah.....(tak lupa juga nak wish pada iman anak sub,happy birthday...moga menjadi anak yg berjasa pada ibubapa mu )
December 14, 2009
Ampang Puteri
Gambar nie diambil waktu anak aku yg first masuk hospital.Nasib baik le masuk tak lama kalau tak boring giler menunggu.Yg aku paling tak tahan nya bau-bau ubt kt hptl nie...Pening dibuatnya.So disebabkan boring duk dalam bilik,kami turun ke lobi utk hirup udara segar.
Disebabkan tak de kerja sambil duduk-duduk tunggu abah diaorang habis kerja aku pun apa lagi..posing sakan le gamaknya..tapi tu la tak de org nak tlg tangkapkan....terpaksale tangkap gambar sendiri....
December 12, 2009
MUHAMMAD FIRDAUS HAKIMI
Minggu depan,hari selasa genap le 2 thn anak ku yg pertama Muhammad Firdaus Hakimi.Sekejab je masa berlalu.Rasanya baru je aku menahan sakit melahirkan dia.Sekarang nie Firdaus baru nak keletah bercakap.Setakat ayam,makan,minum,nenen...boleh le dia bercakap dgn betul.Kalau tak pelat je sentiasa.Yang paling tak tahan dia suka ejek iklan upin&ipin...Kalau dia nampak je kartun upin&ipin dia mesti kata betul,betul,betul....
Sekarang nie dia dah pandai buli adik dia.Asal kita leka je sekejab,pi dapur buat susu ke,pi bilik air ke,sekejab tu juga le dgr si Faiz akan menangis dgn legatnya.Tu mesti kerja abg dia.Samada dia gigit tgn adik dia,cucuk mata atau pernah sekali dia pulas telinga si Faiz sampai kan melecet.Susah betul nak marah dia.Tak makan saman langsung dgn aku.Tapi dgn bapa dia memang dia takut.Pernah sekali bapa dia pukul kaki dia sampai 2 hari dia takut nak dkt ngan bapa dia.Selagi abah dia tak panggil jgn harap dia nak dekat.Hai itu le gelagat bebudak sekarang nie.Nie baru dua...kalau masuk sorang lagi retire le aku.............
November 29, 2009
BROADBAND
Kalau korang perasan sejak dua menjak nie aku rajin update blog.Ha...nak tahu kenapa?salah satunya aku dah janji ngan Pn Sub bila aku dah dapat brg kesayangan aku balik (beli baru )aku akan rajin update blog.So salah satunya sebab aku dah ade nie..Servey punya servey aku akhirnya pilih maxis le sebagai broadband pilihan.
Aku beli nie kat alamanda.Waktu tu maxis tgh wat promosi untuk kakitangan kerajaan.Cuma bayar Rm100 je dah dapat moderm ngan simkad.Bulan-bulan aku bayar RM 78.Sebabkan kerja aku banyak menggunakan internet nak tak nak terpaksa le beli juga broadband nie.
November 24, 2009
Alamanda Putrajaya
Setiap kali hubby aku dapat gaji memang dah jadi rutin bulanan dia akan bawa anak-anaknya termasuk mak mertuanya pi makan kat luar.Memang kadang-kadang bukan masa gaji pun kitaorang ada makan kat luar tapi selalunya kitaorg akan makan nasi je la.Jadi setiap kali dia dapat gaji dia akan ajak aku pi makan pizza ke,kenny rogers ke...yang memang bkn makanan favorite dia le tapi pasal anak-anak dan isteri dia terpaksa le....dia menurut...
Tgk le aksi anak kesayangan dia merajuk.Firdaus kalau merajuk memang le payah nak pujuk.Hanya bila bapa dia bersuara je dia akan diam.Kalau tak satu kedai akan dgr suara dia
Masa nie first time aku duduk kan Faiz dalam babychair.Nasib baik dia nak..Kalau tak maknanya umi dia tak dapat makan le jawabnya sebab dia memang tak nak duduk diam.November 14, 2009
NOVEMBER
Tentu korang pelik kan baca tajuk aku nie.Em mana tak nya bulan November nie la aku paling suffer menjadi sorang ibu.Mana tak nya anak-anak aku asyik sakit je.Baru je baik demam,sakit lain pula timbul.Anak aku yang pertama yang paling teruk sampai masuk hospital sebab kes taun sampai seminggu sampaikan dr kata paru-paru dia dijangkiti kuman.
Selepas sehari anak aku kena taun&paru-paru dijangkiti kuman,anak kakak aku pun kena juga sampaikan masuk hospital le juga.Nie waktu kat gleneagles hospital.Masa nie anak kakak aku yg last kena jangkitan paru-paru.Paru-paru sebelah kanan dia teruk dijangkiti kuman.Tu yg kena tahan selama 5 hari.
Yang paling kesian mak aku le.Sebab kena jaga ketiga-tiga cucunya.Habis tu nak buat mcm mana cuti tahun dah habis so tak leh le nak cuti lelama.Sama le ngan kakak aku.Jadi nak tak nak terpaksa le minta tlg ngan mak kitaorg.Nasib baik le seminggu je anak aku sakit...Itu pun on off juga le sakitnya.Alhamdulillah sekarang nie dah ok.
Subscribe to:
Posts (Atom)
