September 7, 2008

PERGI BUAT SELAMANYA

Pada 07 september yg lalu bersamaan dengan 7 hari umat islam menunaikan ibadah puasa,aku sekeluarga berada di dlm keadaan berduka kerna bapa yg selama ini membesarkan aku pergi buat selama-lamanya meninggalkan kami sekeluarga tepat jam 12 tgh di HUKM Cheras.Itu pun setelah bapaku penat bertarung nyawa selama 2 hari (koma) di wad ICU.Satu tamparan yg besar buat kami sekeluarga kerna arwah hanya masuk wad 3 hari dan masih dalam keadaan sihat ketika kami meninggalkan nya pada 06/9/08(0930 mlm).Sebaik je kami sampai di rumah mak,tak sampai pun 10 minit letak punggung,Nurse dari Hukm call dan maklumkan bahawa bapa ku tgh nazak tepat jam 10 mlm.Memang mengejutkan kerna sebelum meninggalkannya arwah masih boleh bercakap tetapi apabila kami sampai ke HUKM kembali pada pukul 1015mlm bapaku telah di beri kejutan elektrik utk bernafas kembali.Kami hanya dapat membacakan kalimah pada telinga nya dari pukul 1030mlm hingga 1130 pagi esoknya(semua adik beradik ku berkg di HUKM)hinggalah arwah menghembuskan nafas terakhir.Dan yg paling menghayat hati sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir,dengan tiba-tiba arwah boleh membuka mata seluas-luasnya dan mengangkat tgn kanan seolah-olah mencari kami&setelah kami semua capai tgnnya barulah arwah menghembuskan nafas terakhirnya.
Jadi buat kawan-kawanku yg ingin dtg kerumahku pada hari raya ini(sepatutnya dlm perancangan open house akan diadakan)terpaksalah di batalkan dan akan ditukar kepada majlis kenduri arwah seminggu lepas raya.Itupun di rumah ibu ku di Desa Tasik(sekarang aku stay ngan ibu ku).AL Fatihah untuk bapa kesayanganku.........HJ MAHAD BIN HJ BATAN ( 19/09/1944-07/09/2008)

August 17, 2008

Anak As

Kepada kawan2ku semua ini lah dia gambar anak kawan kita Asnidawati atau lebih dikenali dgn braun.Lahir pada 7.8.08 .Berat 3.6 kg dan di beri nama Dania Afrina.
Gambar Dania selepas 10 hari.

August 9, 2008

Tesco Kajang

Hari Sabtu yg lalu,aku sempatlah pi shopping kat Tesco Kajang.Tu pun setelah stok pampers Firdaus dah nak habis,terlanjur nak beli pampers Firdaus aku pun sempatlah borong barang dapur.Penat Shopping kami singgah lah minum kat Uncle Jonh Kopitiam.Tgk lah aksi Firdaus sepanjang dalam kedai minum nie.
Setelah penat bershopping kat Tesco Kajang,tiba masa nak landing dan utk menghilangkan dahaga.

Tgk lah tu Firdaus memang tak leh nak duduk diam.Nak-nak kalau ada benda yg nak diambil nya.


Ha baru lah cantik gambar nya....Tapi mata suami ku tetap tak leh nak buka besar..



Em si anak elok je tersenyum,bapa dia pula nak yg mata dok stim....




Pertama kali suami ku nak bergambar.Itu pun tak apalah mood dia nak ambil gambar dgn anaknya.





Em baru lah sibuk dia nak pandang kamera.Itu pun puas umi dia panggil.



Em Firdaus bila dapat je benda habis semua dia nak main.Tak pelah sementara umi & baba dia nak makan.
Tgk Firdaus leka memerhatikan org kat meja sebelah.Sampai umi panggil pun dia tak heran.






August 7, 2008

My Office

Disebabkan dah lama tak update blog dan tak de citer nak dikongsi bersama,jadi saya pun tangkap lah gambar di office.Di mana tempat saya mencari rezeki.
Ha tgklah gambar nak ke bilik saya nie.Byk sangat gril dlm bilik ini .Nak safety katakan.Tu blm lagi saya tangkap gambar pakcik guard yg jaga siap ngan pumpgun kat luar office saya nie.Kang takut pula nak tgk gambar kat blog nie.Sebab ini lah saya katakan duk kat office yg nie boring.Byk sgt Grill kena lock.Kiranya saya nie mcm kena kuarantinlah.....
Ha ini pula meja saya yg kedua.Ini dekat office di HQ.So tak de lah rasa terkecuali dr org lain.Ade jugalah nak bersembang ngan kawan2.Ini bila saya dah habis kerja di office yg ke2 baru saya balik ke sini.Dekat sini seronok sikit sebab ramai member.






Ini lah pandangan dari pintu masuk ke office saya didalam bilik kurungan tu.Semuanya nak masuk pintu ada grill.Jadi saya duduk dlm bilik kebal lah namanya.Boleh dikatakan lebih teruk dr penjara.Sebab dalam bilik tu hanya saya sorang saja boleh masuk kecuali Ceo&cos saya.


Ha inilah meja tempat saya bekerja dan juga tempat saya melihat blog kawan2 ku.Tgklah tu bersepah nya.Ini maknanya blm masa nak pulang.Kalau dah masa nya sampai tentu clear punya.





Ini lah tempat di mana semua pekerja2 di bawah jabatan saya dapat berbual atau pun nak beri apa2 melalui tingkap ini.Mereka memangla tak boleh masuk kedalam sama sekali.No entry.






August 6, 2008

MENU SEMALAM

Oleh kerana aku dah sebulan tak sentuh nasi,jadi inilah antara menu yg aku makan.Nampak memang sedap Laksa Penang tapi bila makan,dia ada isi pertis pula,so apalagi terus seleraku terbantut dan secara automatik hidung&muka ku jadi gatal.
Disebabkan semalam sampai umah dekat pukul 9 mlm so saya masak lah yg paling ringkas&cepat.Pucuk paku masak lemak cili api,Sambal ikan tongkol,ikan tongkol goreng&yg paling penting sekali ulam jering.Semuanya diperhabiskan oleh suamiku.Alhamdulillah....

Ini lah menu paling senang nak buat&yg paling penting suamiku menyukainya.Sementara nak masak kuah,gorenglah keropok yg mak mertua kirim dr kelantan.


August 4, 2008

OLD TOWN WHITE CAFE

Hari Isnin yg lalu kami sekeluarga sempatlah dinner kat old town white cafe di South City Plaza.Terlanjur beli susu Firdaus dekat Manjaku(sebab kat situ paling murah harganya)terus singgah minum white cofee & mee kari.


Tgk lah tu senyap je si Kimi kena pegang.Tu mata dia tgh dok tgk roti atas meja.

Bapa Kimi nie memang lah tak pandai menangkap gambar.Org belum sedia lagi dia dah tangkap.

Yg ini pun tak jadi.Tapi nasib baik lah umi tgh senyum.Cuma Kimi je tak sempat nak buka mata

Time nie dia memang seronok sgt walaupun gambar dia tak jelas




















August 3, 2008

Jln-jln Cari Makan

Muka seposen Kimi bila kami tak layan dia sebab umi ngan baba dia tgh sibuk nak makan.
Em tgk lah tu betapa tak sukanya bila kita dudukkan dia dekat kerusi baby.Asyik melonjak nak kuar je.

Sukanya hati dia bila dapat main dengan uminya.Kimi kalau kat umah tak diajak bergurau mesti melalak.Nak-nak umi dia buat tak tahu,sibuk ngan tugasan sebagai isteri...Nie sebelum kami nak pi alamanda lunch kat sana.Tapi waktu nie si Kimi tgh menahan sakit.Dekat celah kelangkang&buah dia,melecet.Tak tahulah kenapa sampai mcm tu sekali.Apa pun senyum tetap maintain.


August 2, 2008

Alamanda Putrajaya

Jelingan manja Kimi pada Uminya yang penat dah menunggu bapa dia tak kuar-kuar lagi dr carefour.
Em kimi kalau dibawa ke shopping kompleks memang kesukaan dia,cuba bawa ke pasar malam atau downtown gerenti dia menangis kalahkan pelakon filem.

Sempat lagi berposing sementara menunggu abahnya membeli barang di carefour Alamanda


Sukanya Kimi bila kami bawa dia berjalan-jalan.Apatah lagi kalau pi shopping kompleks.Gerenti dia tak meragam punya.

July 28, 2008

Sub

Ha ini lah restoran yg kami pi makan tu.Gambar makan ada kat blog Sub,saya tak ambil gambar pun.Tapi yg penting Sub belanja saya makan.ahaks...terima kasih banyak ye Sub.Lain kali kita buat reunion ngan zuli & maya ke.

Sekarang nie agaknya dah ok sikit kut.Almaklumlah dia dah jadi mak&isteri org.Mungkin sifat mengantuk tu dah kurang.Kami lunch kat tepi sungai kat masjid Putrajaya.

Hari isnin yg lalu kebetulan saya ambil cuti sebab Kimi demam,so sementara Kimi tidur setelah diberi ubat,pilah ke Putrajaya jumpa member lama.Nama dia nie sabrina Sabri tapi kami dlm kelas dulu panggil dia Sub je.Dia nie duk sebelah saya dulu waktu form 5.Kiranya saya nie penggera waktu dia kalau cikgu masuk kelas.


July 11, 2008

Walker

Baik punya possing Firdaus Hakimi buat.Ada tokoh nak jadi model nie.
Tak duduk diam Firdaus dapat walker baru.Nak-nak rumah tamu saya beasr dan tak perabot yg halang laluannya.Lagilah laju dia berjalan.

Tgklah tu sempat lagi dia berposing dgn walker nya yg baru.Gambar nie gelap sikit lupa uminya nak buka lampu tgh.



Em suka betul anak ku yg sorang nie bila dapat walker baru.Hadiah dr babanya yg beli kat Tesco Ampang.Bukan apa bila kat umah kalau tak de benda nie tentu dia asyik nak berdukung je.Penat sungguh kalau dukung dia yg dah 8.6kg nie.Sampai nak masak pun tak sempat.


June 15, 2008

Majlis Perpisahan

So inilah dia Bos aku yg paling baik di dunia.Yg belakang tu semua staff-staff yg rajin bekerja utk nya.
Tgh discuss ngan click aku lepas nie mcm mana laks bos aku yg baru.Dah bermacam2perangai kami jumpa.Bila dapat yg best pula,cepat sangat nak berhentinya.

Masa nie office aku buat majlis perpisahan dgn bos aku yg paling sporting.Sedih sgt sebab dialah bos aku yg paling memahami.Tapi nak buat mcm mana kalau hari-hari kena marah ngan Senior Manager.


June 13, 2008

Kimi Botak

Ahad hari tu waktu suamiku sibuk botak kan kepalanya,anak lelaki saya nie sibuk dok kacau bapa dia.Em apa lagi bapa dia botak kan lah dia sekali.Tgklah tu muka seposen Kimi lepas botak.
First time anakku di botak kan setelah 7 bln lahir ke bumi ini.Nampak lagi tembam.

Bapa kimi kalau ambil gambar mesti tak jadi.

Kimi botak nampak lagi sebiji rupa babanya.Tak rupa umi langsung.



June 6, 2008

Palong 8










Masa nie aku tgh penat sebab perjalanan yg jauh dr kl ke palong 8.Disebabkan Pijot tu kawan aku dr sekolah,aku gagahkan juga pi kahwin adik dia.Kami sampai org kg dah buka khemah dah.Sebab masa kat highway seremban tadi jem giler.Yg sebelah kiri dlm gambar tu anak saudara aku.






Time nie aku ngan Firdaus tengah kepenatan.



First time Firdaus jalan jauh ngan aku sekeluarga

May 11, 2008

Pertunangan

Hah tgk lah tu dia sibuk nak bergambar ngan Firdaus.Tak nak dia berenggang langsung.
So inilah dia bakal pengantin yg akan melangsungkan perkahwinannya thn depan.Tunang dia sama department ngan Suamiku& yg sebelah hujung tu,itulah mak kepada budak yg tembab dlm gambar kat bawah tu.Time nie Firdaus tak tgk camera.

Nie waktu aku pi majlis pertunagan office mate aku kat Hulu Langat.Budak yg kat sebelah Kimi tu anak kawan aku.Dia geram tgk Kimi tu yg asyik dtg dekat aje.Kimi pula dah kepanasan sebab tu tukar baju tak de lengan.