October 22, 2009

Jamuan Hari Raya

Walaupun hari raya dah sebulan berlalu tapi office aku baru terhegeh-hegeh nak buat jamuan raya.So kami pakat ramai2 bawa makanan dari rumah.Tugas aku hanya masak nasi impit ngan kuah kacang je.Layan je gambar yang ada ya.
Nie aku sibuk potong kek yg order dari PWTC.Sedap giler cheese cake nya.Cuma aku xlarat nak makan byk sebab manis sangat.

Nie diantara staff2 yang ada di office aku nie.Bukan ramai sgt pun.Tapi majoriti melayu la kat sini.Aku ngan yg tudung pink nie dah lebih 6 thn kerja kat sini.Cuma dua org kat belakang tu yg baru.

Makan nya tak seberapa.Bergambar yg penting tu.Masing2 sibuk nak menyelit.....

Maklumlah kamera banyak sgt sampai tak tahu nak tgk yg mana satu.Tu yg sampai juling org sebelah aku ni.
posing mesti bergaya beb.Kita sibuk nak potong kek,cameraman sibuk nak tangkap gambar..so nie le dia.......

Setelah selesai jamuan,bergambar le reramai....Ini lah dia separuh dari staff yg ada termasuk le pakcik2 yg jaga pejabat aku nie....






October 20, 2009

AIDILFITRI 09

Raya tahun nie,dah 2 thn le aku beraya tanpa abah kesayanganku.Nak ikutkan rasa hati ini memang le aku tak sanggup.Nak-nak bila tgk mak aku menangis bila dengar takbir raya.

Jadi setiap kali hari raya tak kira raya Aidilfitri ke atau Aidiladha ke dah jadi satu kemestian yang keluarga aku akan beraya ngan mak aku dulu selepas dua hari raya atau pun raya pertama barulah aku pulang ke rumah mak mertua pula.Nie masa pagi raya.Kat umah mak aku.
Nie masa kat kelantan.Waktu nie kat umah mak mertua aku.Faiz baru je lepas bersiap nak pi umah moyang dia laks kat Rantau Panjang.
Nie pula kat umah mak aku.Masa nie aku baru je lepas mandikan Faiz.Aku pun blm mandi lagi.Hubby & mak aku pi sembahyang raya.
Firdaus tgh demam lagi masa nie.Tu yang dia tak nak senyum tu.Nak suruh pakai baju melayu nie pun susah.Baju nie aku beli malam raya kat masjid india.Rasanya itu le first and last aku pi sana waktu malam raya.Sesak nak mampus.Sampaikan aku tersepit le waktu nak beli baju ni.