December 12, 2009

MUHAMMAD FIRDAUS HAKIMI

Minggu depan,hari selasa genap le 2 thn anak ku yg pertama Muhammad Firdaus Hakimi.Sekejab je masa berlalu.Rasanya baru je aku menahan sakit melahirkan dia.Sekarang nie Firdaus baru nak keletah bercakap.Setakat ayam,makan,minum,nenen...boleh le dia bercakap dgn betul.Kalau tak pelat je sentiasa.Yang paling tak tahan dia suka ejek iklan upin&ipin...Kalau dia nampak je kartun upin&ipin dia mesti kata betul,betul,betul....
Sekarang nie dia dah pandai buli adik dia.Asal kita leka je sekejab,pi dapur buat susu ke,pi bilik air ke,sekejab tu juga le dgr si Faiz akan menangis dgn legatnya.Tu mesti kerja abg dia.Samada dia gigit tgn adik dia,cucuk mata atau pernah sekali dia pulas telinga si Faiz sampai kan melecet.Susah betul nak marah dia.Tak makan saman langsung dgn aku.Tapi dgn bapa dia memang dia takut.Pernah sekali bapa dia pukul kaki dia sampai 2 hari dia takut nak dkt ngan bapa dia.Selagi abah dia tak panggil jgn harap dia nak dekat.Hai itu le gelagat bebudak sekarang nie.Nie baru dua...kalau masuk sorang lagi retire le aku.............

No comments: