November 2, 2009

Sayangku

Sebenarnya dah lama aku nak beli benda nie.Bukan apa susah kalau tak de dia nie.Macam-macam kerja aku nak buat kat umah tapi kalau tak de dia memang susah.Nak buat kat office memang tak de masa.Bz je memanjang.So nak tak nak kena la beli juga.
Yang lama dah rosak.Nak ganti lebih kurang je dgn yg baru.So lebih baik beli yg baru je.Jadi disebabkan bln 10 nie aku dapat duit kutu,aku pun pi le mencari mana yg berkenan di hati.
Nie lah dia pilihan aku..Compaq...nak cari hp tak de.yg ade cuma 10 inci je.yg 12 ngan 14 tak do...nak tak nak aku pilih je la yg ini....

October 22, 2009

Jamuan Hari Raya

Walaupun hari raya dah sebulan berlalu tapi office aku baru terhegeh-hegeh nak buat jamuan raya.So kami pakat ramai2 bawa makanan dari rumah.Tugas aku hanya masak nasi impit ngan kuah kacang je.Layan je gambar yang ada ya.
Nie aku sibuk potong kek yg order dari PWTC.Sedap giler cheese cake nya.Cuma aku xlarat nak makan byk sebab manis sangat.

Nie diantara staff2 yang ada di office aku nie.Bukan ramai sgt pun.Tapi majoriti melayu la kat sini.Aku ngan yg tudung pink nie dah lebih 6 thn kerja kat sini.Cuma dua org kat belakang tu yg baru.

Makan nya tak seberapa.Bergambar yg penting tu.Masing2 sibuk nak menyelit.....

Maklumlah kamera banyak sgt sampai tak tahu nak tgk yg mana satu.Tu yg sampai juling org sebelah aku ni.
posing mesti bergaya beb.Kita sibuk nak potong kek,cameraman sibuk nak tangkap gambar..so nie le dia.......

Setelah selesai jamuan,bergambar le reramai....Ini lah dia separuh dari staff yg ada termasuk le pakcik2 yg jaga pejabat aku nie....






October 20, 2009

AIDILFITRI 09

Raya tahun nie,dah 2 thn le aku beraya tanpa abah kesayanganku.Nak ikutkan rasa hati ini memang le aku tak sanggup.Nak-nak bila tgk mak aku menangis bila dengar takbir raya.

Jadi setiap kali hari raya tak kira raya Aidilfitri ke atau Aidiladha ke dah jadi satu kemestian yang keluarga aku akan beraya ngan mak aku dulu selepas dua hari raya atau pun raya pertama barulah aku pulang ke rumah mak mertua pula.Nie masa pagi raya.Kat umah mak aku.
Nie masa kat kelantan.Waktu nie kat umah mak mertua aku.Faiz baru je lepas bersiap nak pi umah moyang dia laks kat Rantau Panjang.
Nie pula kat umah mak aku.Masa nie aku baru je lepas mandikan Faiz.Aku pun blm mandi lagi.Hubby & mak aku pi sembahyang raya.
Firdaus tgh demam lagi masa nie.Tu yang dia tak nak senyum tu.Nak suruh pakai baju melayu nie pun susah.Baju nie aku beli malam raya kat masjid india.Rasanya itu le first and last aku pi sana waktu malam raya.Sesak nak mampus.Sampaikan aku tersepit le waktu nak beli baju ni.





July 11, 2009

Upin&Ipin

Tgklah aksi Abg & Adik...Upin & Ipin....background belakang tu sila lah abaikan...
ini baru je lepas ditogelkan rambut si faiz...cian dia...tapi apa leh buat sebab setiap kali jumpa sesiapa mesti tegur faiz nie baby girl

so nampaklah baby boy faiz....barulah ada rupa umi nya...


July 10, 2009

D'Muar Kajang

Ha...nak tgk upin & Ipin?nie dia pasangan anak beranak...yg suka botak kan kepala mereka...
Minngu lepas kami sekeluarga makan di D'Muar Kajang.Tempat mkn nie memang best sebab semua ada...just order je...tgklah gelagat anak bujangku yg tak reti duk diam


dia start nak buat kerja atas meja mkn dah........


muka suamiku yg susah nak senyum dan bergambar..nie pun curi2.....


habis Firdaus kerjakan buku menu kedai nie....selagi tak bagi mulut dia tak duduk diam
kedai nie kalau kita pi hujung minggu memang ramai giler...nie pun dekat sejam tunggu baru sampai makanan.....tapi kalau pi waktu bekerja leh lah makan dgn aman...paling best mee bangdung muar dia memang sedap...
disebabkan lama sgt menunggu makanan...mcm2 aksi anak bujang ku buat...memang tak reti duk diam..tuan punya blog hanya leh tangkap gambar je...






June 29, 2009

SHOPPING ONLINE

Sekarang nie semua serba canggih.Hanya dgn click di tgn je kita dah boleh buat mcm2.La nie kegilaan aku dok shopping online...mcm2 produk aku dok tgk...kalau berbaloi aku beli...aku dok mula beli secara online bila tgk kasut yg dijual di laman web kwn si ceera...yana....memang best pakai kasut yg dijual di blognya....la nie pun ada dok booking lagi utk hari raya laks...


Lepas tu aku dok tgk lah handbeg.semuanya ada kat link aku suka singgah.....mcm2 jenama ada...just pilih yg mana berkenan...


baru je kejab nie...aku beli pula produk kesihatan dekat curly blog.Kebanyakkan barang2 yg aku beli semuanya dah dicuba oleh kawan2ku yg baik hati.Mereka yg byk berkongsi maklumat tentang shopping online nie....


apa pun kawan2 tepuk dada tanya selera samada anda berminat atau pun tidak...tiada paksaan..

June 28, 2009

Kawan......

Sejak dari sekolah sampai lah dah beranak pinak perangai masing2 tak berubah....masih bergelak ketawa sampai tahap mengilai lah....( sampai suami masing2 pun naik pelik )
Tapi ini lah dia kenyataan..pahit manis...semuanya kita kongsi bersama..itulah dia nilai sebuah persahabatan....

Tapi kesiannya kat kawan aku yang tudung merah nie...susah sangat nak jumpa pasangan hidupnya...bukan ramai yang tak berkenan..memang ramai giler tapi itu lah kalau ada jodoh tak kemana kan...

Nak buat macam mana belum sampai masanyakan...jadi cik Afizah bila awak dah tiba ke tanah suci Mekah esok,jangan lah lupa berdoa banyak2 moga dipertemukan jodoh yang baik...(dia pi umrah dengan keluarganya hari ini )insyallah........



June 27, 2009

Anak-Anakku

Em sampai saat ini aku masih tak sangka sekejab je masa berlalu...dan tak lama lagi iaitu tahun depan kejab je aku dah nak masuk angka 30.Rasanya baru je semalam habis SPM rupa-rupanya dah ada anak 2.Siapa sangkakan.....Bila balik dari kerja tgk anak-anak...barulah kita tahu mcm mana penatnya mak&bapa kita menjaga kita waktu kita kecil...





So inilah dia permata hatiku..Muhammad Firdaus Haqimi&Muhammad Faiz Haqimi....permata yg dapat menghilangkan penat umi&babanya setelah seharian penat bekerja....begitulah lumrah kehidupan...







June 26, 2009

Muhammad Faiz Haqimi

Em...lama dah tak singgah sini.rupanya dah berabuk dah..oklah mulai saat ini terpaksalah aku membzkan diriku semula.Well yg pertamanya aku nak tunjuklah pada kawan2 ku semua ini lah dia permata hati baruku...MUHAMMAD FAIZ HAQIMI.


Lahir pada 12 April 2009.Berat waktu mula dilahirkan 3.68kg dan sekarang selepas 2 bulan berat faiz dah dekat 6 kg.Em nampak gayanya akan ikut jejak langkah abgnya yg kini dah mencapai berat 12.8 kg.






















September 7, 2008

PERGI BUAT SELAMANYA

Pada 07 september yg lalu bersamaan dengan 7 hari umat islam menunaikan ibadah puasa,aku sekeluarga berada di dlm keadaan berduka kerna bapa yg selama ini membesarkan aku pergi buat selama-lamanya meninggalkan kami sekeluarga tepat jam 12 tgh di HUKM Cheras.Itu pun setelah bapaku penat bertarung nyawa selama 2 hari (koma) di wad ICU.Satu tamparan yg besar buat kami sekeluarga kerna arwah hanya masuk wad 3 hari dan masih dalam keadaan sihat ketika kami meninggalkan nya pada 06/9/08(0930 mlm).Sebaik je kami sampai di rumah mak,tak sampai pun 10 minit letak punggung,Nurse dari Hukm call dan maklumkan bahawa bapa ku tgh nazak tepat jam 10 mlm.Memang mengejutkan kerna sebelum meninggalkannya arwah masih boleh bercakap tetapi apabila kami sampai ke HUKM kembali pada pukul 1015mlm bapaku telah di beri kejutan elektrik utk bernafas kembali.Kami hanya dapat membacakan kalimah pada telinga nya dari pukul 1030mlm hingga 1130 pagi esoknya(semua adik beradik ku berkg di HUKM)hinggalah arwah menghembuskan nafas terakhir.Dan yg paling menghayat hati sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir,dengan tiba-tiba arwah boleh membuka mata seluas-luasnya dan mengangkat tgn kanan seolah-olah mencari kami&setelah kami semua capai tgnnya barulah arwah menghembuskan nafas terakhirnya.
Jadi buat kawan-kawanku yg ingin dtg kerumahku pada hari raya ini(sepatutnya dlm perancangan open house akan diadakan)terpaksalah di batalkan dan akan ditukar kepada majlis kenduri arwah seminggu lepas raya.Itupun di rumah ibu ku di Desa Tasik(sekarang aku stay ngan ibu ku).AL Fatihah untuk bapa kesayanganku.........HJ MAHAD BIN HJ BATAN ( 19/09/1944-07/09/2008)