Pada 07 september yg lalu bersamaan dengan 7 hari umat islam menunaikan ibadah puasa,aku sekeluarga berada di dlm keadaan berduka kerna bapa yg selama ini membesarkan aku pergi buat selama-lamanya meninggalkan kami sekeluarga tepat jam 12 tgh di HUKM Cheras.Itu pun setelah bapaku penat bertarung nyawa selama 2 hari (koma) di wad ICU.Satu tamparan yg besar buat kami sekeluarga kerna arwah hanya masuk wad 3 hari dan masih dalam keadaan sihat ketika kami meninggalkan nya pada 06/9/08(0930 mlm).Sebaik je kami sampai di rumah mak,tak sampai pun 10 minit letak punggung,Nurse dari Hukm call dan maklumkan bahawa bapa ku tgh nazak tepat jam 10 mlm.Memang mengejutkan kerna sebelum meninggalkannya arwah masih boleh bercakap tetapi apabila kami sampai ke HUKM kembali pada pukul 1015mlm bapaku telah di beri kejutan elektrik utk bernafas kembali.Kami hanya dapat membacakan kalimah pada telinga nya dari pukul 1030mlm hingga 1130 pagi esoknya(semua adik beradik ku berkg di HUKM)hinggalah arwah menghembuskan nafas terakhir.Dan yg paling menghayat hati sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir,dengan tiba-tiba arwah boleh membuka mata seluas-luasnya dan mengangkat tgn kanan seolah-olah mencari kami&setelah kami semua capai tgnnya barulah arwah menghembuskan nafas terakhirnya.
Jadi buat kawan-kawanku yg ingin dtg kerumahku pada hari raya ini(sepatutnya dlm perancangan open house akan diadakan)terpaksalah di batalkan dan akan ditukar kepada majlis kenduri arwah seminggu lepas raya.Itupun di rumah ibu ku di Desa Tasik(sekarang aku stay ngan ibu ku).AL Fatihah untuk bapa kesayanganku.........HJ MAHAD BIN HJ BATAN ( 19/09/1944-07/09/2008)
7 comments:
innalillah... semoga rohnye dicucuri rahmat. Alfatihah.. ko tak bgtau pun mokcik, aku dekat jer dgn rumahh mak ko. pesal tak bgtau.?
takziah makcik. bawak bersabor
innalillah..takziah gee, aku baru tau. dah lama tak singgah blog kawan2. So tabahkan hati dan banyakan berdoa moga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh. Ok!
Innalillahi wainna ilaihirojiun semoga rohnya ditempatkan di kalangan hamba²Nya yang beriman..aminn
al fatihah..semoga arwah dtmpt kan dikalangan org-org yg beriman
taziah, moga rohnyer ditempatkan dikalangan hamba-hambanya yang beriman
Al Fatihah, amin
Post a Comment