December 14, 2009

Ampang Puteri

Gambar nie diambil waktu anak aku yg first masuk hospital.Nasib baik le masuk tak lama kalau tak boring giler menunggu.Yg aku paling tak tahan nya bau-bau ubt kt hptl nie...Pening dibuatnya.So disebabkan boring duk dalam bilik,kami turun ke lobi utk hirup udara segar.
Disebabkan tak de kerja sambil duduk-duduk tunggu abah diaorang habis kerja aku pun apa lagi..posing sakan le gamaknya..tapi tu la tak de org nak tlg tangkapkan....terpaksale tangkap gambar sendiri....

December 12, 2009

MUHAMMAD FIRDAUS HAKIMI

Minggu depan,hari selasa genap le 2 thn anak ku yg pertama Muhammad Firdaus Hakimi.Sekejab je masa berlalu.Rasanya baru je aku menahan sakit melahirkan dia.Sekarang nie Firdaus baru nak keletah bercakap.Setakat ayam,makan,minum,nenen...boleh le dia bercakap dgn betul.Kalau tak pelat je sentiasa.Yang paling tak tahan dia suka ejek iklan upin&ipin...Kalau dia nampak je kartun upin&ipin dia mesti kata betul,betul,betul....
Sekarang nie dia dah pandai buli adik dia.Asal kita leka je sekejab,pi dapur buat susu ke,pi bilik air ke,sekejab tu juga le dgr si Faiz akan menangis dgn legatnya.Tu mesti kerja abg dia.Samada dia gigit tgn adik dia,cucuk mata atau pernah sekali dia pulas telinga si Faiz sampai kan melecet.Susah betul nak marah dia.Tak makan saman langsung dgn aku.Tapi dgn bapa dia memang dia takut.Pernah sekali bapa dia pukul kaki dia sampai 2 hari dia takut nak dkt ngan bapa dia.Selagi abah dia tak panggil jgn harap dia nak dekat.Hai itu le gelagat bebudak sekarang nie.Nie baru dua...kalau masuk sorang lagi retire le aku.............

November 29, 2009

BROADBAND

Kalau korang perasan sejak dua menjak nie aku rajin update blog.Ha...nak tahu kenapa?salah satunya aku dah janji ngan Pn Sub bila aku dah dapat brg kesayangan aku balik (beli baru )aku akan rajin update blog.So salah satunya sebab aku dah ade nie..Servey punya servey aku akhirnya pilih maxis le sebagai broadband pilihan.


Aku beli nie kat alamanda.Waktu tu maxis tgh wat promosi untuk kakitangan kerajaan.Cuma bayar Rm100 je dah dapat moderm ngan simkad.Bulan-bulan aku bayar RM 78.Sebabkan kerja aku banyak menggunakan internet nak tak nak terpaksa le beli juga broadband nie.

November 24, 2009

Alamanda Putrajaya

Setiap kali hubby aku dapat gaji memang dah jadi rutin bulanan dia akan bawa anak-anaknya termasuk mak mertuanya pi makan kat luar.Memang kadang-kadang bukan masa gaji pun kitaorang ada makan kat luar tapi selalunya kitaorg akan makan nasi je la.Jadi setiap kali dia dapat gaji dia akan ajak aku pi makan pizza ke,kenny rogers ke...yang memang bkn makanan favorite dia le tapi pasal anak-anak dan isteri dia terpaksa le....dia menurut...
Tgk le aksi anak kesayangan dia merajuk.Firdaus kalau merajuk memang le payah nak pujuk.Hanya bila bapa dia bersuara je dia akan diam.Kalau tak satu kedai akan dgr suara dia
Masa nie first time aku duduk kan Faiz dalam babychair.Nasib baik dia nak..Kalau tak maknanya umi dia tak dapat makan le jawabnya sebab dia memang tak nak duduk diam.


November 14, 2009

NOVEMBER



Tentu korang pelik kan baca tajuk aku nie.Em mana tak nya bulan November nie la aku paling suffer menjadi sorang ibu.Mana tak nya anak-anak aku asyik sakit je.Baru je baik demam,sakit lain pula timbul.Anak aku yang pertama yang paling teruk sampai masuk hospital sebab kes taun sampai seminggu sampaikan dr kata paru-paru dia dijangkiti kuman.
Selepas sehari anak aku kena taun&paru-paru dijangkiti kuman,anak kakak aku pun kena juga sampaikan masuk hospital le juga.Nie waktu kat gleneagles hospital.Masa nie anak kakak aku yg last kena jangkitan paru-paru.Paru-paru sebelah kanan dia teruk dijangkiti kuman.Tu yg kena tahan selama 5 hari.
Yang paling kesian mak aku le.Sebab kena jaga ketiga-tiga cucunya.Habis tu nak buat mcm mana cuti tahun dah habis so tak leh le nak cuti lelama.Sama le ngan kakak aku.Jadi nak tak nak terpaksa le minta tlg ngan mak kitaorg.Nasib baik le seminggu je anak aku sakit...Itu pun on off juga le sakitnya.Alhamdulillah sekarang nie dah ok.

November 2, 2009

Sayangku

Sebenarnya dah lama aku nak beli benda nie.Bukan apa susah kalau tak de dia nie.Macam-macam kerja aku nak buat kat umah tapi kalau tak de dia memang susah.Nak buat kat office memang tak de masa.Bz je memanjang.So nak tak nak kena la beli juga.
Yang lama dah rosak.Nak ganti lebih kurang je dgn yg baru.So lebih baik beli yg baru je.Jadi disebabkan bln 10 nie aku dapat duit kutu,aku pun pi le mencari mana yg berkenan di hati.
Nie lah dia pilihan aku..Compaq...nak cari hp tak de.yg ade cuma 10 inci je.yg 12 ngan 14 tak do...nak tak nak aku pilih je la yg ini....

October 22, 2009

Jamuan Hari Raya

Walaupun hari raya dah sebulan berlalu tapi office aku baru terhegeh-hegeh nak buat jamuan raya.So kami pakat ramai2 bawa makanan dari rumah.Tugas aku hanya masak nasi impit ngan kuah kacang je.Layan je gambar yang ada ya.
Nie aku sibuk potong kek yg order dari PWTC.Sedap giler cheese cake nya.Cuma aku xlarat nak makan byk sebab manis sangat.

Nie diantara staff2 yang ada di office aku nie.Bukan ramai sgt pun.Tapi majoriti melayu la kat sini.Aku ngan yg tudung pink nie dah lebih 6 thn kerja kat sini.Cuma dua org kat belakang tu yg baru.

Makan nya tak seberapa.Bergambar yg penting tu.Masing2 sibuk nak menyelit.....

Maklumlah kamera banyak sgt sampai tak tahu nak tgk yg mana satu.Tu yg sampai juling org sebelah aku ni.
posing mesti bergaya beb.Kita sibuk nak potong kek,cameraman sibuk nak tangkap gambar..so nie le dia.......

Setelah selesai jamuan,bergambar le reramai....Ini lah dia separuh dari staff yg ada termasuk le pakcik2 yg jaga pejabat aku nie....






October 20, 2009

AIDILFITRI 09

Raya tahun nie,dah 2 thn le aku beraya tanpa abah kesayanganku.Nak ikutkan rasa hati ini memang le aku tak sanggup.Nak-nak bila tgk mak aku menangis bila dengar takbir raya.

Jadi setiap kali hari raya tak kira raya Aidilfitri ke atau Aidiladha ke dah jadi satu kemestian yang keluarga aku akan beraya ngan mak aku dulu selepas dua hari raya atau pun raya pertama barulah aku pulang ke rumah mak mertua pula.Nie masa pagi raya.Kat umah mak aku.
Nie masa kat kelantan.Waktu nie kat umah mak mertua aku.Faiz baru je lepas bersiap nak pi umah moyang dia laks kat Rantau Panjang.
Nie pula kat umah mak aku.Masa nie aku baru je lepas mandikan Faiz.Aku pun blm mandi lagi.Hubby & mak aku pi sembahyang raya.
Firdaus tgh demam lagi masa nie.Tu yang dia tak nak senyum tu.Nak suruh pakai baju melayu nie pun susah.Baju nie aku beli malam raya kat masjid india.Rasanya itu le first and last aku pi sana waktu malam raya.Sesak nak mampus.Sampaikan aku tersepit le waktu nak beli baju ni.





July 11, 2009

Upin&Ipin

Tgklah aksi Abg & Adik...Upin & Ipin....background belakang tu sila lah abaikan...
ini baru je lepas ditogelkan rambut si faiz...cian dia...tapi apa leh buat sebab setiap kali jumpa sesiapa mesti tegur faiz nie baby girl

so nampaklah baby boy faiz....barulah ada rupa umi nya...


July 10, 2009

D'Muar Kajang

Ha...nak tgk upin & Ipin?nie dia pasangan anak beranak...yg suka botak kan kepala mereka...
Minngu lepas kami sekeluarga makan di D'Muar Kajang.Tempat mkn nie memang best sebab semua ada...just order je...tgklah gelagat anak bujangku yg tak reti duk diam


dia start nak buat kerja atas meja mkn dah........


muka suamiku yg susah nak senyum dan bergambar..nie pun curi2.....


habis Firdaus kerjakan buku menu kedai nie....selagi tak bagi mulut dia tak duduk diam
kedai nie kalau kita pi hujung minggu memang ramai giler...nie pun dekat sejam tunggu baru sampai makanan.....tapi kalau pi waktu bekerja leh lah makan dgn aman...paling best mee bangdung muar dia memang sedap...
disebabkan lama sgt menunggu makanan...mcm2 aksi anak bujang ku buat...memang tak reti duk diam..tuan punya blog hanya leh tangkap gambar je...