November 29, 2009

BROADBAND

Kalau korang perasan sejak dua menjak nie aku rajin update blog.Ha...nak tahu kenapa?salah satunya aku dah janji ngan Pn Sub bila aku dah dapat brg kesayangan aku balik (beli baru )aku akan rajin update blog.So salah satunya sebab aku dah ade nie..Servey punya servey aku akhirnya pilih maxis le sebagai broadband pilihan.


Aku beli nie kat alamanda.Waktu tu maxis tgh wat promosi untuk kakitangan kerajaan.Cuma bayar Rm100 je dah dapat moderm ngan simkad.Bulan-bulan aku bayar RM 78.Sebabkan kerja aku banyak menggunakan internet nak tak nak terpaksa le beli juga broadband nie.

November 24, 2009

Alamanda Putrajaya

Setiap kali hubby aku dapat gaji memang dah jadi rutin bulanan dia akan bawa anak-anaknya termasuk mak mertuanya pi makan kat luar.Memang kadang-kadang bukan masa gaji pun kitaorang ada makan kat luar tapi selalunya kitaorg akan makan nasi je la.Jadi setiap kali dia dapat gaji dia akan ajak aku pi makan pizza ke,kenny rogers ke...yang memang bkn makanan favorite dia le tapi pasal anak-anak dan isteri dia terpaksa le....dia menurut...
Tgk le aksi anak kesayangan dia merajuk.Firdaus kalau merajuk memang le payah nak pujuk.Hanya bila bapa dia bersuara je dia akan diam.Kalau tak satu kedai akan dgr suara dia
Masa nie first time aku duduk kan Faiz dalam babychair.Nasib baik dia nak..Kalau tak maknanya umi dia tak dapat makan le jawabnya sebab dia memang tak nak duduk diam.


November 14, 2009

NOVEMBER



Tentu korang pelik kan baca tajuk aku nie.Em mana tak nya bulan November nie la aku paling suffer menjadi sorang ibu.Mana tak nya anak-anak aku asyik sakit je.Baru je baik demam,sakit lain pula timbul.Anak aku yang pertama yang paling teruk sampai masuk hospital sebab kes taun sampai seminggu sampaikan dr kata paru-paru dia dijangkiti kuman.
Selepas sehari anak aku kena taun&paru-paru dijangkiti kuman,anak kakak aku pun kena juga sampaikan masuk hospital le juga.Nie waktu kat gleneagles hospital.Masa nie anak kakak aku yg last kena jangkitan paru-paru.Paru-paru sebelah kanan dia teruk dijangkiti kuman.Tu yg kena tahan selama 5 hari.
Yang paling kesian mak aku le.Sebab kena jaga ketiga-tiga cucunya.Habis tu nak buat mcm mana cuti tahun dah habis so tak leh le nak cuti lelama.Sama le ngan kakak aku.Jadi nak tak nak terpaksa le minta tlg ngan mak kitaorg.Nasib baik le seminggu je anak aku sakit...Itu pun on off juga le sakitnya.Alhamdulillah sekarang nie dah ok.

November 2, 2009

Sayangku

Sebenarnya dah lama aku nak beli benda nie.Bukan apa susah kalau tak de dia nie.Macam-macam kerja aku nak buat kat umah tapi kalau tak de dia memang susah.Nak buat kat office memang tak de masa.Bz je memanjang.So nak tak nak kena la beli juga.
Yang lama dah rosak.Nak ganti lebih kurang je dgn yg baru.So lebih baik beli yg baru je.Jadi disebabkan bln 10 nie aku dapat duit kutu,aku pun pi le mencari mana yg berkenan di hati.
Nie lah dia pilihan aku..Compaq...nak cari hp tak de.yg ade cuma 10 inci je.yg 12 ngan 14 tak do...nak tak nak aku pilih je la yg ini....