June 27, 2009

Anak-Anakku

Em sampai saat ini aku masih tak sangka sekejab je masa berlalu...dan tak lama lagi iaitu tahun depan kejab je aku dah nak masuk angka 30.Rasanya baru je semalam habis SPM rupa-rupanya dah ada anak 2.Siapa sangkakan.....Bila balik dari kerja tgk anak-anak...barulah kita tahu mcm mana penatnya mak&bapa kita menjaga kita waktu kita kecil...





So inilah dia permata hatiku..Muhammad Firdaus Haqimi&Muhammad Faiz Haqimi....permata yg dapat menghilangkan penat umi&babanya setelah seharian penat bekerja....begitulah lumrah kehidupan...







June 26, 2009

Muhammad Faiz Haqimi

Em...lama dah tak singgah sini.rupanya dah berabuk dah..oklah mulai saat ini terpaksalah aku membzkan diriku semula.Well yg pertamanya aku nak tunjuklah pada kawan2 ku semua ini lah dia permata hati baruku...MUHAMMAD FAIZ HAQIMI.


Lahir pada 12 April 2009.Berat waktu mula dilahirkan 3.68kg dan sekarang selepas 2 bulan berat faiz dah dekat 6 kg.Em nampak gayanya akan ikut jejak langkah abgnya yg kini dah mencapai berat 12.8 kg.






















September 7, 2008

PERGI BUAT SELAMANYA

Pada 07 september yg lalu bersamaan dengan 7 hari umat islam menunaikan ibadah puasa,aku sekeluarga berada di dlm keadaan berduka kerna bapa yg selama ini membesarkan aku pergi buat selama-lamanya meninggalkan kami sekeluarga tepat jam 12 tgh di HUKM Cheras.Itu pun setelah bapaku penat bertarung nyawa selama 2 hari (koma) di wad ICU.Satu tamparan yg besar buat kami sekeluarga kerna arwah hanya masuk wad 3 hari dan masih dalam keadaan sihat ketika kami meninggalkan nya pada 06/9/08(0930 mlm).Sebaik je kami sampai di rumah mak,tak sampai pun 10 minit letak punggung,Nurse dari Hukm call dan maklumkan bahawa bapa ku tgh nazak tepat jam 10 mlm.Memang mengejutkan kerna sebelum meninggalkannya arwah masih boleh bercakap tetapi apabila kami sampai ke HUKM kembali pada pukul 1015mlm bapaku telah di beri kejutan elektrik utk bernafas kembali.Kami hanya dapat membacakan kalimah pada telinga nya dari pukul 1030mlm hingga 1130 pagi esoknya(semua adik beradik ku berkg di HUKM)hinggalah arwah menghembuskan nafas terakhir.Dan yg paling menghayat hati sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir,dengan tiba-tiba arwah boleh membuka mata seluas-luasnya dan mengangkat tgn kanan seolah-olah mencari kami&setelah kami semua capai tgnnya barulah arwah menghembuskan nafas terakhirnya.
Jadi buat kawan-kawanku yg ingin dtg kerumahku pada hari raya ini(sepatutnya dlm perancangan open house akan diadakan)terpaksalah di batalkan dan akan ditukar kepada majlis kenduri arwah seminggu lepas raya.Itupun di rumah ibu ku di Desa Tasik(sekarang aku stay ngan ibu ku).AL Fatihah untuk bapa kesayanganku.........HJ MAHAD BIN HJ BATAN ( 19/09/1944-07/09/2008)

August 17, 2008

Anak As

Kepada kawan2ku semua ini lah dia gambar anak kawan kita Asnidawati atau lebih dikenali dgn braun.Lahir pada 7.8.08 .Berat 3.6 kg dan di beri nama Dania Afrina.
Gambar Dania selepas 10 hari.

August 9, 2008

Tesco Kajang

Hari Sabtu yg lalu,aku sempatlah pi shopping kat Tesco Kajang.Tu pun setelah stok pampers Firdaus dah nak habis,terlanjur nak beli pampers Firdaus aku pun sempatlah borong barang dapur.Penat Shopping kami singgah lah minum kat Uncle Jonh Kopitiam.Tgk lah aksi Firdaus sepanjang dalam kedai minum nie.
Setelah penat bershopping kat Tesco Kajang,tiba masa nak landing dan utk menghilangkan dahaga.

Tgk lah tu Firdaus memang tak leh nak duduk diam.Nak-nak kalau ada benda yg nak diambil nya.


Ha baru lah cantik gambar nya....Tapi mata suami ku tetap tak leh nak buka besar..



Em si anak elok je tersenyum,bapa dia pula nak yg mata dok stim....




Pertama kali suami ku nak bergambar.Itu pun tak apalah mood dia nak ambil gambar dgn anaknya.





Em baru lah sibuk dia nak pandang kamera.Itu pun puas umi dia panggil.



Em Firdaus bila dapat je benda habis semua dia nak main.Tak pelah sementara umi & baba dia nak makan.
Tgk Firdaus leka memerhatikan org kat meja sebelah.Sampai umi panggil pun dia tak heran.






August 7, 2008

My Office

Disebabkan dah lama tak update blog dan tak de citer nak dikongsi bersama,jadi saya pun tangkap lah gambar di office.Di mana tempat saya mencari rezeki.
Ha tgklah gambar nak ke bilik saya nie.Byk sangat gril dlm bilik ini .Nak safety katakan.Tu blm lagi saya tangkap gambar pakcik guard yg jaga siap ngan pumpgun kat luar office saya nie.Kang takut pula nak tgk gambar kat blog nie.Sebab ini lah saya katakan duk kat office yg nie boring.Byk sgt Grill kena lock.Kiranya saya nie mcm kena kuarantinlah.....
Ha ini pula meja saya yg kedua.Ini dekat office di HQ.So tak de lah rasa terkecuali dr org lain.Ade jugalah nak bersembang ngan kawan2.Ini bila saya dah habis kerja di office yg ke2 baru saya balik ke sini.Dekat sini seronok sikit sebab ramai member.






Ini lah pandangan dari pintu masuk ke office saya didalam bilik kurungan tu.Semuanya nak masuk pintu ada grill.Jadi saya duduk dlm bilik kebal lah namanya.Boleh dikatakan lebih teruk dr penjara.Sebab dalam bilik tu hanya saya sorang saja boleh masuk kecuali Ceo&cos saya.


Ha inilah meja tempat saya bekerja dan juga tempat saya melihat blog kawan2 ku.Tgklah tu bersepah nya.Ini maknanya blm masa nak pulang.Kalau dah masa nya sampai tentu clear punya.





Ini lah tempat di mana semua pekerja2 di bawah jabatan saya dapat berbual atau pun nak beri apa2 melalui tingkap ini.Mereka memangla tak boleh masuk kedalam sama sekali.No entry.






August 6, 2008

MENU SEMALAM

Oleh kerana aku dah sebulan tak sentuh nasi,jadi inilah antara menu yg aku makan.Nampak memang sedap Laksa Penang tapi bila makan,dia ada isi pertis pula,so apalagi terus seleraku terbantut dan secara automatik hidung&muka ku jadi gatal.
Disebabkan semalam sampai umah dekat pukul 9 mlm so saya masak lah yg paling ringkas&cepat.Pucuk paku masak lemak cili api,Sambal ikan tongkol,ikan tongkol goreng&yg paling penting sekali ulam jering.Semuanya diperhabiskan oleh suamiku.Alhamdulillah....

Ini lah menu paling senang nak buat&yg paling penting suamiku menyukainya.Sementara nak masak kuah,gorenglah keropok yg mak mertua kirim dr kelantan.


August 4, 2008

OLD TOWN WHITE CAFE

Hari Isnin yg lalu kami sekeluarga sempatlah dinner kat old town white cafe di South City Plaza.Terlanjur beli susu Firdaus dekat Manjaku(sebab kat situ paling murah harganya)terus singgah minum white cofee & mee kari.


Tgk lah tu senyap je si Kimi kena pegang.Tu mata dia tgh dok tgk roti atas meja.

Bapa Kimi nie memang lah tak pandai menangkap gambar.Org belum sedia lagi dia dah tangkap.

Yg ini pun tak jadi.Tapi nasib baik lah umi tgh senyum.Cuma Kimi je tak sempat nak buka mata

Time nie dia memang seronok sgt walaupun gambar dia tak jelas




















August 3, 2008

Jln-jln Cari Makan

Muka seposen Kimi bila kami tak layan dia sebab umi ngan baba dia tgh sibuk nak makan.
Em tgk lah tu betapa tak sukanya bila kita dudukkan dia dekat kerusi baby.Asyik melonjak nak kuar je.

Sukanya hati dia bila dapat main dengan uminya.Kimi kalau kat umah tak diajak bergurau mesti melalak.Nak-nak umi dia buat tak tahu,sibuk ngan tugasan sebagai isteri...Nie sebelum kami nak pi alamanda lunch kat sana.Tapi waktu nie si Kimi tgh menahan sakit.Dekat celah kelangkang&buah dia,melecet.Tak tahulah kenapa sampai mcm tu sekali.Apa pun senyum tetap maintain.


August 2, 2008

Alamanda Putrajaya

Jelingan manja Kimi pada Uminya yang penat dah menunggu bapa dia tak kuar-kuar lagi dr carefour.
Em kimi kalau dibawa ke shopping kompleks memang kesukaan dia,cuba bawa ke pasar malam atau downtown gerenti dia menangis kalahkan pelakon filem.

Sempat lagi berposing sementara menunggu abahnya membeli barang di carefour Alamanda


Sukanya Kimi bila kami bawa dia berjalan-jalan.Apatah lagi kalau pi shopping kompleks.Gerenti dia tak meragam punya.